Jom Lah Join Same

Sabtu, 9 Julai 2011

TASIK RETBA, SENEGAL AIRNYA BERWARNA PINK!

Tasik Retba atau dikenali dengan Lac Rose adalah antara tasik paling pelik di dunia. Ini adalah kerana tasik yang terletak di Senegal ini mempunyai air berwarna merah jambu (pink). Saintis daripada seluruh dunia telah sepakat mengatakan tasik ini telah dicemari dengan sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria. Cynobacteria juga dikenali dengan nama blue-green alga berdasarkan warna asal bakteria tersebut.
Sesetengah bakteria ini boleh memudaratkan kerana berkemampuan mengeluarkan sejenis toksin yang dikenali dengan cynotoxin. Ia akan mengakibatkan kulit manusia mahupun haiwan mengelupas dengan teruk. Oleh sebab demikian, masyarakat di sekitar Tasik Retba melumurkan badan mereka dengan minyak kacang Shea. Minyak kacang Shea mampu menangkis toksin yang dikeluarkan oleh Cyanobacteria.

Tasik yang berwarna merah jambu ini mampu kelihatan jelas warna merah jambunya apabila menjelang musim kemarau. Sepertimana Laut Mati, ia boleh mengapungkan manusia kerana kandungan garamnya yang tinggi. Dianggarkan bahawa terdapat 380 gram garam untuk 1 liter air. Ia bersamaan 15 camca garam untuk segelas minuman.!

Di bawah adalah gambar-gambar di sekitar Tasik Retba:








Tiada ulasan:

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...